Monday, March 28, 2011

Melaka yang indah

Pada 28 Januari 2011 Yana & team Unit UPP
telah berbengkel di A'Famosa Resort, Melaka.

Ape yang dapat Yana cakap tentang hotel mereka
adalah "BEST"! But ada certain things yang menyebabkan
cacat cela, not because of the environment but comes
from the HUMAN. Certain (NOT ALL OKEYH!) they treat us
like we're not the customer.. SOOOOOOO Rude~

Oklah, abaikan tentang mereka, mungkin mereka hanya
bekerja sebagai part time worker on that day,
who know.. (menyedapkan perasaan) (-_-)"









Setelah sampai hotel, inilah suasana hotel yang permai. Ya! Permai..
Ini adalah disebabkan mereka banyak ikan-ikan yang sangat GEMUK!
Kolam-kolam yang didirikan, atau dikorekkan adalah panjang besar dan berliku-liku,
jadi ikan adalah lebih explorase.




Ok dah, Layan je lah.

Day 1

Sampai dan check-in, makanan adalah marvellous!

Gadis-gadis menunggu kunci.
Pukul 2:30petang ade bengkel ye kawan-kawan.

Lepas bengkel kenalah jalan-jalan..dan kami jumpa...

(-_-)'' **saya jakun**

Ok,malamnye..ada pembentangan.. ehem..ehem..

"adalah selamat apabila gambar kecik,lebih kecik dari kalkulator"

Day 2


Berasa sangat segar..Yeahhh~
Iye,betul. Katil & Tilam yang empuk seperti baldu..
Walaupun sejuk tetap nak bukak Air-Cond. Yelah,
bayar mahal kot! :"D

Antara suasana bengkel,


dan malam....






Kalau nak tengok abg api, silalah datang Melaka. Class aih!

Huargh~!Dah lah hujan, sejuk aih.. Si Baldu sedang menggagau-gagau.. aih~! aih~! ZzzzZzz....... Slurp~


Day 3

Last day weyh! Diam tak diam..
Adeyh~

 Yana Husna Husna Yana (-_-)"

 Apabila Chinese New Year~!

 a'a.. Air tu sejuk.

 Unit Pembangunan Profesional. 
Nampak tak saya? Nampak kan?! Kan?!


Oklah,dah nak balik..  tanglung. Ini Tanglung. Ye!

"Honey, say good bye to autie.."


Good Bye A'Famosa
Good Bye Melaka..

THE END

Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:

” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas nama Ku.”

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.”

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: 

“Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
Jenis Tanah Yang Digunakan:1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.


PROSES KEJADIANNYA 
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :

”Yarhamukallah” yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh
Muhammad Isa Selamat)

Wednesday, March 16, 2011

Ray-Ki (Rawatan Alam)

SEJAUH manakah dengan meletakkan tangan atau mendekatkan tubuh seseorang dapat memulihkan atau mencergaskan tubuh seseorang? Adakah ini benar? Bolehkah ini berlaku?
Pemindahan tenaga antara dua orang untuk tujuan menyembuh telah diamalkan sejak berabad lamanya. Amalan itu dikenali sebagai reiki.

Hampir kebanyakan budaya di dunia percaya bentuk pemulihan menggunakan kaedah yang sesuai dengan prinsip dan kepercayaan mereka.

Reiki berasal daripada perkataan Jepun Ray-ki. Perkataan ray bermakna alam semesta dan ki pula bermakna tenaga untuk hidup. Ada juga yang mentakrifkan reiki sebagai tenaga hidup dan diterima sebagai pelengkap dalam perubatan moden.
Reiki merawat keseluruhan tubuh, emosi, minda dan roh dan membawa ketenangan jiwa, rasa relaks, selamat dan sejahtera. Ramai yang melaporkan hasil yang luar biasa.


Reiki adalah sesuatu yang baru tetapi ia bukan asing di negara ini. Bahkan terdapat beberapa pengamal terkenal di Malaysia seperti Master Mohd. Hisham Yahya dan Master Terry Ng.
Jenis reiki
Hari ini, terdapat pelbagai jenis teknik reiki yang diamalkan selaras dengan kepercayaan pelbagai masyarakat. Antara teknik yang popular ialah Reiki Seichim, Reiki Gtummo, Reiki Sufism dan Reiki Kundalini.
Pengamal reiki didorong oleh lima prinsip yang dikenali sebagai Five Reiki Precepts. Prinsip itu sebenarnya merupakan senarai nilai-nilai positif untuk diterapkan dalam rutin pengamal.

Kelima-lima prinsip itu menasihatkan kesemua pengamal supaya mengawal kemarahan, elakkan rasa resah, berpuas hati dengan apa yang mereka ada, berusaha gigih dan bersimpati dengan orang lain.
Nilai-nilai itu menyumbang kepada seni hidup bahagia dan ubat ajaib untuk semua jenis penyakit.
Menurut Master Mohd. Hisham Yahya yang mengamalkan Reiki Kundalini, ramai sebenarnya telah menggunakan tenaga spiritual tanpa menyedari mereka sebenarnya mengamalkan reiki.

"Tenaga terdapat di sekeliling kita. Ia tidak boleh diwujud atau dimusnahkan. Tetapi ia boleh diubah dari satu bentuk ke bentuk lain," kata beliau. Reiki Kundalini diasaskan oleh Master Ole Gabrielsen dari Denmark.
Para pengamal perlu mematuhi etika reiki. Paling penting, pesakit perlu disedarkan mengenai reiki. Proses pemulihan hanya boleh berlaku dengan izin pesakit yang tahu cara rawatan itu.
Para pengamal juga tidak boleh menjanjikan sama ada seseorang itu boleh sembuh atau tidak. Mereka hanya boleh menyentuh pesakit dengan kebenaran, elakkan daripada membuat diagnosis dan menghormati rahsia pesakit mereka.



"Reiki adalah tenaga pintar, ia akan mengalir ke mana-mana bahagian badan yang memerlukannya tanpa panduan," tambah Hisham yang mengamalkan reiki sejak enam tahun lepas.

Reiki adalah salah satu kaedah alternatif, bukannya penawar mutlak kepada masalah manusia.
Reiki semakin mendapat perhatian perubatan moden. Di hospital dan klinik merentasi Amerika Syarikat (AS), Reiki dilihat sebagai kaedah yang bermakna dan berkesan dari segi kos untuk menambah baik penjagaan pesakit.


TANPA TEKNOLOGI



Hospital-hospital utama seperti Portsmouth Regional Hospital di New Hampshire dan California Pacific Medical Center di AS merupakan antara hospital yang mengamalkan program reiki.
Melaksanakan reiki tidak memerlukan teknologi. Ini bermakna hospital terbabit tidak perlu melabur membeli mesin-mesin baru, latihan petugas dan penyelengaraan.

Daripada segi kos, dalam kebanyakan kes para pengamal reiki menawarkan khidmat mereka secara percuma.
Sementara itu, satu kajian di Hartford Hospital di Connecticut, AS yang dijalankan pada tahun 2000 membuktikan bahawa Reiki menambah baik tidur pesakit sebanyak 86 peratus dan mengurangkan kesakitan sebanyak 78 peratus.
Kajian yang sama juga mendapati, kaedah rawatan itu boleh mengurangkan rasa mual sehingga 80 peratus dan mengurangkan sebanyak 94 peratus kerisauan semasa hamil.
Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia juga dibebani dengan kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat. Mereka juga mudah jatuh sakit.

Reiki sememangnya kaedah yang mudah, selamat dan murah serta sesuai untuk pelbagai peringkat usia, jantina atau lokasi.
Ia juga tiada konflik antara amalan keagamaan. Sehubungan itu, sesiapa pun bebas mengamalkan kaedah rawatan ini.
"Saya berharap setiap keluarga di Malaysia boleh amalkan reiki sebagai usaha sendiri ke arah kebaikan.
"Ia juga membantu anda mengurangkan stres dan membolehkan anda relaks," tambah Hisham.
Terdapat pelbagai Reiki yang diamalkan di Malaysia, masing-masing dengan teknik tersendiri serta pusat latihan.
Antara laman web popular bagi latihan Reiki ialah Dimensi Alpha Resources (www.reiki-malaysia.com) kepunyaan Master Hisham serta Reiki Natural Teraphy (www.reiki.com.my) kepunyaan Master Terry Ng. -KOSMO 17 Mac 2011

Tuesday, March 8, 2011

Welcome Guys!

Hey..
Salam 1 Malaysia!

Selamat datang ke blog Yana:)
Blog ini membincangkan pelbagai perkara,
kiranya open la..

Oklah..Yana mengalu-alukan komen dari
u guys, komen ke, teguran ke, nasihat ke..
whatever Yana terima dengan 'Kecil Tapak Tangan,
Laut Madii... err...Mediterr... Arghhh! Yelah, Laut China Selatan
saye hulurkan no cek no..

Last but not least..
Keep in touch ya!

With love,
Yana ("v")